Wednesday 20 April 2011

Seratus Tujuh Belas Ringgit Lima Puluh Sen

Itu lah jumlah duit yang aku ada sekarang sementara nak tunggu gaji.Tu dah kira skali dengan duit syilling yang aku kumpul.Konon - konon menabung lah...tapi belum apa - apa dah dikorek tabung tu.
Apa pun tak boleh!.

Dalam bank memang dah tinggal saki baki yang memang tak boleh nak keluarkan.Ada lah lima ringgit kalau tak silap.Kalau silap pun, mungkin sembilan ringgit lebih.Masih lagi tak boleh keluarkan.
Mana pegi ntah duit aku banyak - banyak.Kerja dah setahun lebih,simpanan sikit pun tak ada.

Cita - cita tinggi nak pakai kereta.Orang lain pakai kereta,aku pun sebok nak pakai kereta.
Nak buat macam mana,cepat terpengaruh.Pengaruh filem tu idok ler..hanya pengaruh anasir luar di alam nyata.Nak nampak gah dan kacak la konon. Tak payah!Orang lain pandai menyimpan. Pandai menguruskan kewangan.Pandai buat M.L.M atau pandai bodek mak bapak,boleh la mereka pakai kereta di usia muda.Aku apa ada.?Perut saja besar dan maju ke depan.

Try buat loan dengan Bank Islam.Nak mintak full loan la angan - angannya.
Apa nama....Apa namaa.....Apa nama...
Skim Graduan!

Entah..kata nya tunjuk diploma dah boleh lepas loan.
Haram....mana ada,tipu!tak lepas pun..

Tunggu lagi.....Tunggu lagi....

Maka hidup lah aku seperti biasa.Pergi balik kerja dengan "tenggiling" aku tu.
Kerja siang malam.Nak kumpul down payment lah cadang nya.
Tapi belum dapat gaji lagi dah plan macam-macam untuk menghabiskan duit tersebut dengan cara paling cepat.Sangat cepat!cepat seperti selalu.Cepat seperti bulan-bulan yang lain.

............................
.......................
.................
...........
.....
.



Tuesday 12 April 2011

Siang Malam Tak Boleh Baring!

   


Hemm...memang aku penat dua tiga hari ni. Maklumlah asik kerja je siang malam.
Datang ofis pagi-pagi pun mata dok terkebil-kebil je.Mengantuk gila! Aku rasa sambil berjalan pun boleh terlelap agaknya.hehe.

1st day aku buat part time kat pizza tu,memang agak membosankan lah. Belum kenal orang kan.
Aku pun memang jenis pemalu.Sila jangan percaya. So,aku lebih banyak berdiri tegak atau bahasa kasar nya menjadi pak pacak sahaja.Ada lah aku gerak-gerak sikit.Tak banyak pun.. Supaya tak nampak janggal,kaki aku gerak-gerak kan mengikut alunan muzik yang dimainkan di restoran tu.

Sekali-sekala aku belajar-belajar jugak mcm mana nak setting table dan nak clear table.Bende simple je pun.Sebenarnye aku dah memang tau buat bende-bende mcm tu sbb aku penah kerja hotel dan katering.Tapi aku mintak jela diorang ajar sebab takut staff situ cakap aku pandai - pandai sendiri pulak.Cume aku suke tengok gaye mereka ajar aku macam lah aku bingai sangat..muka nak serius dan good2 je.. Pang sekali baru tau...

Masuk je hari kedua dah mula ada yang tak kena.Jantung dupdap dupdap.Dah ada petanda awal.
Balik dari ofis pukul 5.30 pm..So pukul 5.29 pm aku dah tunggu kat pintu.Biasalah,punctual punya orang..
Masa tu kan Emas.Kalau lah boleh jual masa yang berharga seperti emas tu,masyuk!Tak de lah aku
beriya-iya buat dua kerja kan. Ok.Sambung balik..aku keluar je dari parking moto.Hujan lebat pulak!Tak sempat aku nak menjerit "Erni,angkat kain hujan..Jemuran dah turun"..

Aku kental kan juga hati redah hujan lebat tu.Siap guruh bagai. Time tu lah baru ingat kebesaran Tuhan.Baru nak beristigfar time bawak moto.Takut kene sambar petir.

Basah kuyup.

Sampai rumah.

Mandi.

Siap-siap.


6.45 pm. Aku gerak pulak pergi kerja pizza.Penat bawak moto tadi pun tak sempat hilang. Masuk pukul 7.00.Hari kedua ada la sedikit improvement.Dah pandai mintak "Take 5"  kat manager untuk hisap rokok sekejap.Kalau boleh memang nak "Take 30" atau "Take All"..tapi tak pelah.. 5 is good enough.!

Balik Pukul 12.00 mlm...Dan Hari ni adalah hari ke TIGA.!Larat ke..???



Teringat masa bersenang - lenang di Sungai Chilling Hari tu..
I need some rest!

Monday 4 April 2011

Suntikan terus ke hati.

Cewah!Tajuk tu dah macam abang-abang romeo jiwang karat pulak!Geli je...

Tapi takpe lah,ade jugak kena mengena la tajuk tu dgn apa yang aku nak tulis ni.Cuma,bukan suntikan terus ke hati ok.suntikan terus ke bahu sebenarnya.

Cerita nya begini.Aku ni baru dapat kerja part time kat Pizza Hots.Saja nak cari duit lebih sikit!
Tapi aku pun tak pasti berapa lama sangat aku boleh bertahan dengan kerja siang malam ni.Kalau ade awek-awek cun,pasti boleh tahan lama.Pasti!!Kerja malam je pun..lepas aku balik Keje kat TM tu,aku merembat la moto aku tu pegi kerja Pizza pulak..kalau penat pun,tang kerja malam tu je la..Kerja siang tu, duduk je pun.. Ok.Bila aku dah dapat kerja part time ni,rupa-rupa nya aku kene pegi enjet dulu baru aku
boleh masuk kerja.Leceh betol!Bukannya banyak sangat pun kuman dalam badan aku ni.
Kecik-kecik dulu aku suke minum vitagen,mesti la banyak bakteria baik yang boleh melawan penyakit.

Tapi aku tetap kene enjet gak.Alasannya takut Pizza kene saman kalau ada orang datang cek.
Takpe lah.aku mengalah.Aku memang suka mengalah kalau dengan perempuan.
(manager tu perempuan tau).

Semalam aku pergi lah Jabatan Kesihatan kat Maluri tu.Lari jap.keluar rehat awal.Aku cari berpusing-pusing dua tiga kali,baru lah jumpe tempat tu.Padahal tepi jalan je pun!Macam mana ntah boleh tak perasan.Padahal aku ni peka pada persekitaran!jgn percaya ye.. Lepas enjet,bayar 21 hengget.!mahal beb!ingatkan free.Hospital Kerajaan pun kene bayar mahal-mahal gak ke!Enjet tu 20 hengget je sebenarnye.Sehengget tu pasal nak liminate kad yg dia bagi tu.!Alahai...liminate pun nak kira ke.

Pastu aku pun balik lah ofis.Kat ofis aku dah mula rasa lain macam dah.Kepala aku da melayang-layang.
Mata dah terkedip-kedip.Aku pegi lah toilet cek takut-takut kalau berubah jadi hijau ke.tak pulak!
Tapi memang ngantuk gile babi!babi pun tak ngantuk macam ni!masa balik keje tu pun dah melayang-layang kepala aku bawak motor!rase macam makan ubat batuk 3,4 biji.
(bukan ubat batuk botol yang hitam tu).

Dah sampai rumah pun still ngantuk.So malam tu memang aku tido awal gila lah!pukul 9 dah tidur!
Macam tak caya je aku tido awal. Ok,tu hanya cerita.Persoalannya,Kenapa lepas kene enjet tu boleh mengantuk gila!selama ni aku takde orang cakap apa-apa pun pasal enjet yg mengantukkan ni.

Thursday 31 March 2011

Header.

 Ye...kepala!!Hari ni aku tidak bosan duduk di kaunter ofis kerana aku begitu tekun melukis header aku.
Lukis tau...bukan google ok!walaupun hasil nye seciput tu je dan memang x memberansangkan sesiapa yg melihatnya,aku sangat berpuas hati dengan prestasi aku harini.Oh,terlupa pula nak bgtau kenapa aku duduk di kaunter ofis.kenapa bukan di meja aku sendiri.Aku ni leasing staff je kat TM Global ni...
Leasing staff tu kalau diterjemah dengan lebih mendalam,maksud dia sama dengan "anak tiri'..
So,kat department aku ni, beberapa org anak tiri ni akan bergilir-gilir jaga kaunter depan...
Bukan buat ape pun kat depan tu.Duduk tercongok sorang-sorang sambil melayan perasaan dan nafsu serakah ni.Lebih-lebih pun ade la seketul dua umat yang meminta aku bukakan pintu automatik jika mereka terlupa membawa Kad Ajaib.Eh,bukan!pass masuk.....

Ok.dah melarat-larat pulak cerita aku berkenaan kenapa aku duduk di kaunter tadi.skrg aku berbalik ke landasan yang betul .Semasa aku duduk di depan tu sambil membelek2 setting2 di blogger.com ni,aku pun mendapat idea untuk membuat header bagi page aku ni.Mula2 macam nak rembat kat google je.Tapi bila aku pikir2 balik,ape barang!Sia-sia la aku belajar multimedia dulu.Aku pun buka lah "paint".
Walaupun masa belajar dulu aku diajar menggunakan software yang lagi gempak,ape salahnya aku menggunakan benda yg basic kan!Dah bertahun-tahun tak usik paint,macam syok plak aku rase bila main-main dengan 'brush' 'paint' dan jadah-jadah yang lain tu.Maka kepala geliga aku ni pun mula dikerah bagi mencari idea tema apa yang nak digunakan kat header yang bakal aku buat ni.Tp punye lah banyak-banyak makhluk dan benda di bumi tuhan ni,BATU je yg dapat aku fikirkan.

Kenapa batu?entah..ape kene mengena batu dengan aku kan?So aku mula plak memikirkan ape kene mengenenye batu dengan aku.ape  yang dapat aku kaitkan hanyalah aku ni berkepala batu.jgn salah faham.aku tidak pernah menyimen kepala ku ataupun menjunjung batu dia atas kepalaku.!dan tidak pernah juga aku menghentak-hentak kepala ku di celah-celah batu.maksud aku tadi ialah aku seorang yang degil.dari kecik smpai besar.dah berbelas-belas orang yang cakap aku ni degil.rasa-rasa macam diorang yang salah menilai aku..entah lah.Mak aku pulak pernah cakap yang aku ni degil sebab aku lahir masa tengah magrib!time tu kan setan tengah berkeliaran.mak aku pun penah cakap aku degil sebab tumbuh gigi atas dulu.baby-baby kan selalunya tumbuh gigi bawah dulu.tapi sampai sekarang aku dok memikirkan apa kene mengena degil dengan tumbuh gigi atas dulu?

dan sekarang pulak aku duduk memikirkan ape bende pulak yang aku karang ni?nak tutup cerita pun dah tak tau!haha.ok.aku tutup cerita ni dengan meletakkan seketul batu sebagai noktah





Tuesday 29 March 2011

Tak menyempat - nyempat!

Ok.dah nampak dah yg menulis ni sebenarnye memberi keseronokan kepada diri ku!
Buktinya,belum sampai 2 jam aku post coretan pertama aku tadi,ni aku rase mcm nak
post lagi...apa ke jadah nya ini.?dadah jenis apa yg aku cuba tadi?Haish,musykil plak aku...patut lah aku tengok blog-blog lain bukan main panjang lagi karangan mereka.Sebelum ni puas aku fikir mane lah diorang ni dapat idea menaip panjang-panjang.Entah betul ntah tidak cerita - cerita yg aku baca sebelum ni.

Ok setakat ni idea penulisan aku hanya bertumpu kepada bidang yang aku baru saja ceburi tadi!
belum terbuka lagi minda tu kata org tua-tua di kampung pisang.So,apa kata aku mula menceritakan tentang diri ku.Sape nak kisah kalau aku cerita pun kan?haha

Takpe lah,baru belajar orang kata.Dulu2 masuk darjah satu pun perkara pertama adalah memperkenalkan diri masing - masing kan.. Mane ade masuk-masuk  darjah satu terus belajar melawan cikgu kan.

Nama Aku Mohd Aiman Bin Mohd Najib.Orang panggil aiman je walaupun berkali-kali aku suruh diorang panggil aku "elbert"..mane mau nye!herm.. aku merupakan pelajar lepasan diploma di Kolej Multimedia Telekom KL.Diploma tu pun aku dapat lepas puas menconteng arang ke muka sendiri.Maklumlah,dah mmg dasar pemalas dari kecik.kalau boleh,makan pun nak sambil baring..kalau berjalan tu boleh di buat sambil baring pun,aku buat rasa nya.masa kat kolej,mmg tak rajin je nak g class..aku tunggu sampai lect ckp "awak nak repeat paper ni ke?" baru la aku terhegeh-seret beg sandang aku bwk g class.. Aku bukan ape..aku malas nak dgr lect aku ni mmbebel pasal benda-benda bukan pasal pelajaran.Kepala aku ni hanya boleh terima bahan-bahan ilmiah..benda-benda bidaah mmg aku xleh terima.Lect aku ni suke sgt cerita pasal anak dia yg belajar kat unisel tu..entah ape yg dibanggakan sgt dgn unisel pun aku tak tau... Konon-konon nye anak dia ni jenis mmg pandai sejak azali la..rajin..berwibawa... Anak dia jelah yg best.tak payah suruh baca buku,sume benda nak dibacanya....padahal bapak dia ni tak tau yg di celah2 buku tu terselit handfon.!biasa lah budak-budak skrg,main sms je kejenye.

Astaghfirullah hal azim....
Nampak nya cerita aku tadi telah terkeluar dari landasan yang betul!lari tajuk lah tu.
dan aku rasa aku perlu menamatkan entri aku ni supaya cerita tidak lebih terpesong. budak baru jumpe blog kan,bnyk lagi yg aku perlu belajar.

Sekian.

Bermula

Wah. akhirnya aku dah mengorak langkah baru dalam hidup aku.

Aku pun tak pasti sama ada percubaan aku ni akan membawa hasil atau hanya sia2..
Herm...berbloging?best ke..?
Entah...

Sebelum ni dah beratus - ratus blog kepunyaan siapa entah,telah aku terokai dan aku selak - selak isi kandungannya.

Hari ni, dengan sifat ingin tahu yg memang telah sebati dalam diri aku sejak aku merobek perut ibu ku 21 tahun dulu, aku pun mula mencuba sesuatu yang mungkin dah basi bagi sesetengah org!
Aku peduli ape..?tengok macam best je....ape lagi kan!

Apakah mungkin menulis akan dapat menangkan jiwa seorang remaja seperti aku yg selalunya mahukan tempat untuk meluahkan isi hati, melepaskan marah atau menyatakan keseronokan di dunia sebenar..?haha..

Atau mungkin boleh menjadikan aku seorang yg reti duduk rumah di malam hari selepas balik kerja?

Atau mungkin juga di sini aku dapat mencari kenalan baru yg lebih berhemah tinggi dan berdisiplin berbanding rakan - rakan aku yg boleh dikategorikan sebagai penjenayah di luar sana.?Hehe...

Selamat Mencuba Aiman!!! (berdialog dalam hati)