Hemm...memang aku penat dua tiga hari ni. Maklumlah asik kerja je siang malam.
Datang ofis pagi-pagi pun mata dok terkebil-kebil je.Mengantuk gila! Aku rasa sambil berjalan pun boleh terlelap agaknya.hehe.
1st day aku buat part time kat pizza tu,memang agak membosankan lah. Belum kenal orang kan.
Aku pun memang jenis pemalu.Sila jangan percaya. So,aku lebih banyak berdiri tegak atau bahasa kasar nya menjadi pak pacak sahaja.Ada lah aku gerak-gerak sikit.Tak banyak pun.. Supaya tak nampak janggal,kaki aku gerak-gerak kan mengikut alunan muzik yang dimainkan di restoran tu.
Sekali-sekala aku belajar-belajar jugak mcm mana nak setting table dan nak clear table.Bende simple je pun.Sebenarnye aku dah memang tau buat bende-bende mcm tu sbb aku penah kerja hotel dan katering.Tapi aku mintak jela diorang ajar sebab takut staff situ cakap aku pandai - pandai sendiri pulak.Cume aku suke tengok gaye mereka ajar aku macam lah aku bingai sangat..muka nak serius dan good2 je.. Pang sekali baru tau...
Masuk je hari kedua dah mula ada yang tak kena.Jantung dupdap dupdap.Dah ada petanda awal.
Balik dari ofis pukul 5.30 pm..So pukul 5.29 pm aku dah tunggu kat pintu.Biasalah,punctual punya orang..
Masa tu kan Emas.Kalau lah boleh jual masa yang berharga seperti emas tu,masyuk!Tak de lah aku
beriya-iya buat dua kerja kan. Ok.Sambung balik..aku keluar je dari parking moto.Hujan lebat pulak!Tak sempat aku nak menjerit "Erni,angkat kain hujan..Jemuran dah turun"..
Aku kental kan juga hati redah hujan lebat tu.Siap guruh bagai. Time tu lah baru ingat kebesaran Tuhan.Baru nak beristigfar time bawak moto.Takut kene sambar petir.
Basah kuyup.
Sampai rumah.
Mandi.
Siap-siap.
6.45 pm. Aku gerak pulak pergi kerja pizza.Penat bawak moto tadi pun tak sempat hilang. Masuk pukul 7.00.Hari kedua ada la sedikit improvement.Dah pandai mintak "Take 5" kat manager untuk hisap rokok sekejap.Kalau boleh memang nak "Take 30" atau "Take All"..tapi tak pelah.. 5 is good enough.!
Balik Pukul 12.00 mlm...Dan Hari ni adalah hari ke TIGA.!Larat ke..???
Teringat masa bersenang - lenang di Sungai Chilling Hari tu..
I need some rest!
1 comment:
tetiba teringat wings kat piza.sedaaapppp...hu3
Post a Comment